Thursday, 22 May 2014

microsoft word







first day class aplikasi komputer saya mempelajari tentang bagaimana mengunakan microsoft word dengan lebih baik, apa yang saya pelajari adalah dari microsoft word ialah kita dapat menghasilkan flyers dengan menggunakan apa yang diberi. kita boleh memasukkan gambar dan elemen elemen lain bagi menyerlahkan lagi flyers tersebut.

setelah selesai mempelajari bagaimana membuat flyers, kami diberi tugasan untuk membuat flyers sendiri berdasarkan kreativiti sendiri.


Sabar

" biar orang buat kita, kita jangan buat orang " 

im kindaa love this word, it teach us to be patient. biar lah besar mana orang sakitkan hati kita, buat kita sedih, abaikan kita atau apa sekali pun . kita kena sabar and terus bersabar. itu lah benda yang paling penting kita kena terapkan dalam diri kita. jangan pernah sesekali berdendam :)

Sunday, 11 May 2014

sebiji epal bertukar cinta

Lama Abu Salih bertafakur di pinggir sungai itu. itulah rutin hariannya. hati dan jiwanya diserahkan sepenuhnya kepada Allah Tiada lain yang sedang difikirkannya ketika itu selain kebesaran Allah. sememangnya beliau  adalah seorang yang begitu warak.

Tiba-tiba matanya terpandang sebiji epal yang sedang terapung-rapung di sungai itu. terus saja perutnya terasa lapar. Dari tadi beliau memang belum lagi mengalas perutnnya dengan sebarang makanan. lalu tanpa berfikir panjang, beliau pun mencapai buah itu dan terus memakannya.

sedang menikmati kelazatan epal itu, tiba- tiba sesuatu terlintas di fikirannya . " astaghfirullahalazim ! epal itu sudah pasti ada tuannya ". Perasaan bersalah serta merta menerpanya. Beliau benar-benar mahu meminta maaf kepada pemiliknya.

Bingkas beliau bangun dan berjalan menyusuri sungai itu. Pada fikirannya pasti pohon epal itu ada di bahagian hulu sungai itu. Tidak berapa lama kemudian, beliau terlihat sebatang pohon epal yang dahannya berjuntai ke dalam sungai. Abu Salih yakin itulah pohon epal yang dimakannya itu. Rasa takut terhadap kemurkaan Allah dan kemarahan pemilik epal itu kerana telah mengambil sesuatu yang bukan haknya tanpa izin menyebabkan hatinya berdebar-debar. Rasa takut dan bersalah itu membuatkan kakinya semakin laju melangkah sehingga beliau bertemu sebuah rumah di pinggir sungai itu.

" Mungkin ini rumah tuan punya epal ini ". fikirnya. Tanpa pengetahuannya, rumah itu dimiliki oleh wali Allah bernama Abdullah.

Beliau segera memberi salam. Tidak lama kemudiannya, salamnya berjawab dan beliau dipersilakan masuk ke rumah itu.

" saya ingin meminta maaf kepada tuan kerana telah makan sebiji epal milik tuan yang hanyut di sungai tadi. " Abu Salih terus memulakan bicara.

Abdullah terdiam seketika. Hatinya terdetik, 'Pemuda ini sangat baik.' lalu Abdullah berkata, " Baiklah, aku akan memaafkanmu. Tapi dengan syarat, kamu perlu tinggal denganku selama 12 tahun dan membantu aku dengan kerja-kerjaku."

Tanpa berfikir panjang, Abu Salih terus bersetuju dengan syarat itu. sebenarnya Abdullah hanya mahu menguji sejauh mana kejujurannya sewaktu meminta maaf tadi dan sedalam mana ketakwaanya kepada Allah.

Abu salih pun tinggal di rumah  itu selama 12 tahun . Sepanjang tempoh itu, beliau melakukan apa saja kerja yang disuruh oleh Abdullah tanpa sebarang rungutan dan keluhan. Dalam masa yang sama, beliau tetap meneruskan ibadahnya kepada Allah tanpa culas.

Setelah genap 12 tahun, sekali lagi Abu Salih menemui Abdullah. " saya memohon maaf sekali lagi atas kesalahan saya memakan epal tuan tanpa izin dulu. sekarang, saya sudah menunaikan janji untuk tinggal di sini selama 12 tahun. jadi saya meminta izin untuk pulang ke kampungsaya semula," katanya

Abdullah terus menjawab, " Aku bersedia memaafkanmu dengan syarat, kamu mesti berkahwin dengan anakku yang cacatnya. seluruh panca inderanya hilang. matanya buta, telinganya pekak, mulutnya bisu dan anggota tubuhnya juga cacat. jika kau menerima syaratku ini, aku akan memaafkanmu dan mengizinkan kamu pulang ke kampungmu."

Abu salih terdiam. Syarat pertama untuk tinggal selama 12 tahun sudah dipenuhi. Tapi beliau masih belum dimaafkan. Sekarang, apakah beliau perlu berkahwin dengan anak Abdullah yang cacat itu semata mata untuk menuntut sebuah kemaafan dari Abdullah? kemaafan atas satu kesalahan kecil; makan sebiji epalnya tanpa izinnya? mahal sungguh harga sebuah kemaafan bagi Abdullah.

Abu salih serba salah. hatinya berbisik, hanya kerana sebiji epal, beliau harus menerima hukuman sehingga begitusekali. Berkahwin dengan seorang gadis yang cacat langsung tidak pernah terlintas difikirannya . Sedih, hiba, kecewa, semuanya bercampur aduk dalam hatinya. mengahwini seorang gadis cacat, apakah itu benar-benar takdir jodohnya? Aduh... Adakah ini  musibah atau hikmah dari Allah?

Lama beliau terdiam. Abdullah masih menantikan jawapannya. Akhirnya Abu Salih menjawab, " jika itulah yang perlu saya lakukan demi menuntut kemaafan dari tuan, baiklah saya bersetuju."

Abdullah tersenyum lebar. Beliau segera mengatur persiapan nikah antara anak gadisnya yang cacat itu dengan Abu Salih. Hatinya tidak putus-putus mengucapkan syukur. Akhirnya tanggungjawab menjaga anak gadisnya itu akan diambil alih oleh seorang pemuda yang tawaduk. beliau yakin Abu Salih tidak akan mengecewakannya.

Selepas penikahan, Abu salih menuju ke bilik pengantin untuk menemuinya isterinya. Hatinya berdebar-debar. Beliau tidak pasti bagaimanakah rupa fizikal isterinya itu kerana tidak pernah melihatnya. Malah beliau sendiri tidak pasti bagaimana beliau harus melayani isterinya kerana kecacatan isterinya itu bukanlah sesuatu yang mudah untuk ditangani.

Sebaik sahaja masuk ke dlam bilik pengantin, beliau melihat seorang gadis yang sangat cantik sedang menantinya dengan senyuman. inikah isterinya? ternyata isterinya tidak buta. Abu Salih pun memberikan salam dan dijawab pula oleh isterinya itu. sekali lagi Abu Salih terpingga-pingga. bukankah beliau pekak dan bisu? Bagaimana pula beliau boleh mendengar dan menjawab salamku? Mengapa ayah mertuaku menipu aku? subhanalah..mungkin ini ganjaran yang Allah berikah atas kesabaran aku selama 12 tahun ini.

Abu Salih segera menemui ayah mertuanya , Abdullah. Setelah memberi salam, beliau terus bertanya " wahai ayah. katamu dulu anakmu cacat anggota, pekak, buta dan bisu. Mengapakah ayah menipu saya? "

Abdullah tersenyum, " isterimu itu memag cacat dari segi kehidupan dunianya. Matanya belum pernah melihat lelaki lain selain muhrimnya iaitu aku. Mulutnya tidak pernah berkata sesuatu yang dusta. telinganya juga tidak pernah mendengar sesuatu yang nista . Anggota tubuhnya pula tidak pernah melakukan sesuatu yang dosa. jadi engkaulahyang selayaknya untuk beliau."

Mendengar penjelasan Abdullah, barulah Abu Salih mampu menarik nafas lega. Hatinya tidak putus-putus mengucapkan syukur kepada Allah. Ternyata harga sebuah kemaafan itu lebih dari sebutan di bibir. Sejak itu, Abu Salih membina kisah cintanya dengan isterinya itu. Cinta di bawah naungan redha Allah.


for me, this story was a wonderful story, mashaAllah a lot of moral value. Macam mana amanahnya Abu Salih, keranakan ingin memohon kemaafan dan takut akan kemurkaan Allah sanggup berkerja dengan Abdullah selama 12 tahun tanpa banyak soal malah sanggup bernikah dengan anak Abdullah yang dikatanya cacat. but dengan sifat kesabaran dia dan takut akan kemurkaan Allah. Allah kurniakan dengan jodoh yang baik :')

-

kadang kadang kita tak sedar, sihat tak semestinya tak boleh meninggal. kadang kdang manusia selalu fikir " alaa aku tak tua lagi buat apa nak beribadah " " aku muda lagi lah " " aku tak sakit pun " tanpa kita sedar ajal maut bukan ikut umur, ikut penyakit tetapi semua ketentuanNya .

last week, my bapa saudara meninggal without reason, tiba tiba masa tidur meninggal. siapa tahu? smalam gelak ketawa bersama then esoknya dia pergi kepada Penciptanya. no one know. hanya Allah mengetahu segalanya. so we as a human, as a hambaNYA sepatutnya sentiasa sedar, sentiasa bertaubat. memohon hidayahNYA agak sentiasa berada di jalan yang benar. kita hidup di dunia supaya memperolehi keredhaanNYA bukan enjoy sana sini.

Al-fatihah to my uncle, semoga ditempatkan ditempat orang beriman, aamiin